26 May 2011

Penantian Mei

Ermm apa dalam fikiran aku dalam bulan Mei ini ya?

Kongsi - setelah baca review dan komen2 yg telah menonton kata filem ini mengecewakan. Ini bukan pilihan aku pun. Kata blog Beautiful Nara, filem ni tiada jalan cerita, hanya aksi2 gaduh saja. Komen2 penonton pulak kata mmg Sahezeiy Sam aje penarik filem ini. Adegan2 aksi pun boleh dipuji. Tapi totally mengecewakan kata mereka dan mereka menambah Shamsul Yusoff lebih bagus direct dari Farid Kamil.

Fast & Furiuos 5 - Ramai kata best! Aku tak sempat nak buat marathon kelmarin (Priest, Thor, Fast & Furious 5) sbb terkejar2 hari tu. Aku mengalami gangguang ketika tgk cerita Priest di panggung gara2 sms dan panggilan2(aku cuti hari tu) sial betol.. Thor - walaupun aku tak gemar cerita2 dari komik Marvel aku terpanggil utk menontonnya dan tak sia2 jugaklah aku tgk citer ni.. huhuhu.. F&F 5 im looking fwd...walaupun aku xsuka citer2 aksi kereta ni. Entah... terpanggil jugak sbb aku teringat filem TAKEN yg aku suka sangat tu... dan F&F ini mgkin siri pertama dr sekuel ini yg aku tonton.

Karak - Aah, tunggu saja review dari penonton2. Aku tak teruja sgt nak tgk filem ini, kecuali ada suara2 yg kata citer ni best! Mcm banyak hantu CGI jer..

Nurkasih - aku akan tgk filem ni walaupun aku tak tengok sgt drama bersirinya.... adakah ini filem jenis aku? Aku rasa tak sebab masa siri drama ini ke udara dulu, aku mcm xdpt feel dia. Mungkin aku x ikut dari awal atau mmg bukan naluri aku. Walau bgaimanapun mgkin akan tengok filem ni. Kononnya tak nak ketinggalan dgn hip/aura Nurkasih... hahaha

Insidious - Tak tau lagi....

Ini saja yg aku terpikir buat masa ni....

p/s : Terima kasihlah yang mengundi di poll tu (filem melayu setiap minggu dan' ...Dalam Botol' dulu). Tak sangka makin bertambah pulak undian (ada gak yg baca blog picisan ni...) :-)

No comments: