23 Oct 2011

Sumpahan Puaka : ????


Genre : Drama

Mesti korang terperanjatkan? Kenapa genre filem ini drama? PF baru saja menonton filem ini dan mendapati  80% kandungan filem Sumpahan Puaka berkonsepkan drama. Maka, 20% yang dihujung filem ini  baru memecahkan rahsia segalanya apa yang berlaku sepanjang filem. Jadi PF sendiri dapat merasakan  penonton-penonton  tertipu dengan tajuk dan poster filem ini termasuklah PF sendiri. Kerana PF dapat mendengar rungutan dan keluh kesah mereka sama ada sepanjang  dan di akhir tayangan.

Shamsudin (Imuda) seorang pelukis yang mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Tiba di sebuah kampung dia mendapati beberapa kelakuan pelik di kalangan penduduk kampung termasuk Tijah (Mislina Mustafa), tuan punya rumah di mana Shamsudin menyewa di bilik dirumahnya. Tinggal bersama Tijah ialah ibunya yang sakit dan lumpuh. Tijah selalu mendera ibunya gara-gara inginkan duit dan harta ibunya yang sebenarnya tak banyak mana pun  ketika suami Tijah masih bersama mereka.

Pertama sekali, amat jarang sekali Imuda dapat watak utama. Maklumlah, selain faktor usia, nama Imuda memamg sudah tak popular seperti dulu. Mungkin salah satu sebab Imuda memang pelukis di luar filem dan bajet filem ini pun agak tak mahal PF rasa, maka Imuda calon yang sesuai. Setengah jam berlalu, PF pun mula gelisah di mana ciri-ciri filem seram belum keluar! Sebaliknya drama pula dilatari sebuah kampung (Kg. Sepat) yang amat mundur dan kotor sekali ‘berjiran’ dengan landasan keretapi. PF tiada masalah dgn hal ini. Tijah lakonan Mislina antara pelakon yang PF minati gara-gara lakonannya dalam Bukak Api yang hebat dan berani, kali ini rasanya berjaya bawa watak physco gara-gara ditinggal dan ditipu suami.

Penulis skrip M. Subash mengadakan watak Tijah sebagai penggoda dan perempuan gersang akibat lama tidak di sentuh lelaki. PF agak terperanjat juga ada beberapa dialog yang amat 18sx! Contohnya “Abang Sudin tak nak tengok Tijah Mandi?” dan  “rasanya susah nak hidup tanpa belaian jantan” sambil memeluk Shamsudin dari belakang. Dan beberapa lagi yang dialog gersang. Mislina membawa watak ini dengan baik, cuma, PF rasa watak ini tak cukup kuat atau mencabar Mislina sebagai pelakon hebat. Ibu Tijah (Maimun Mutalib) juga amat berkesan lakonannya. Kadang tak siuman, kadang sakit dengan mimik wajah yang meyakinkan. Tak pelik Maimun jadi rebutan produser-produser filem bagi watak seram atau komedi sekarang ini.

Cerita-cerita penduduk kampung yang lain hanya ditonjolkan kisah biasa, tanpa wujud kejadian-kejadian misteri yang membuat filem ini bosan. Harus diingat, filem yang bosan bukan bererti filem yang tak bagus. Twist dihujung filem ini menyatakan segalanya tetapi Sumpahan Puaka banyak menyajikan bunga-bunga tapi manisnya sedikit menjadikannya satu hidangan yang sedikit tawar.


2.5/5

No comments: