19 Sept 2012

Adegan Yang Tak DiJangka Dalam Filem Kita Part II

Apabila kita lihat adegan-adegan sebegini, sebenarnya pengkarya kita berani lari dari norma-norma biasa.
Selepas PART I, jom kita semak sejauh mana kreatifnya anak-anak seni kita dalam mencipta sesuatu adegan. 

10. Bilal memegang anjing - GUBRA. Kredit Blog Behance.net yang melukis poster filem ini. Kreatif!


10. Awie yang berbadan perkasa mempunyai jiwa lembut sambil menangis ketika membaca novel Diari Rogayah dalam - BAIK PUNYA CILOK.


9. Apabila naga gergasi iaitu penunggu Tasik Chini muncul diakhir filem MAGIKA.


8. Suzana (Ida Nerina) memakan jantung/hati untuk kekal cantik sebagai syarat susuk yang dipakainya - SUSUK.


7. Adegan bra melayang semasa bomoh Siam datang untuk menghalau HANTU KAK LIMAH (BALIK KE RUMAH).

Tidak dapat cari gambar adegan itu*

6. Adegan berahi Pinto (Bront Palarae) yang mencium dari kaki Lara (Naadiaya Nisa) hingga ke wajah Lara - JIWA TAIKO.


5. Tijah (Mislina Mustafa) menggoda Shamsudin (Imuda) dengan membuka kain dan bra - SUMPAHAN PUAKA.


4. Kak Rock (Mak Jah) and the gang merodok anu Amy (Salina Saibi) dengan berus jamban tetapi kelihatan Amy segar-bugar saja esoknya - JALAN KEMBALI : BOHSIA II.


3. Adegan 'klimaks' Ruby (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) - ...DALAM BOTOL.

Hiasan*
2. Dalam rumah yang bersuhu panas ketika itu, watak Lana Nordin berasa rimas lalu di zoom kepada celah payudaranya dengan setitik peluh yang meleleh - CHOW KIT.

Lana Nordin - kanan
1. Watak Jue Aziz yang kegersangan di atas katil dengan seluar dalam melorot ke kakinya - ABUYA PART II.



Arrghh... apsal banyak adegan seks ni?

10 comments:

Unknown said...

hahahaha
lucha betul filem malaysia!

PerangFilem said...

kena tanya penerbit n pengarah la. haha.

MG Hanan said...

aku vote part awie baca novel, yang itu mmg subtle, lawak dan benar. then part bohsia 2, tu sebenarnya ada dalam filem Thai, aku tak ingat tajuk dia, tapi buklan berus jamban, benda lain. aku syak inspired dari situ.

then yang kak limah tu memang, aku gelak nak mampos part tu. memang lain.

PerangFilem said...

kalau ada lagi yang lain/unik kongsilah di sini.

MG Hanan said...

dalam songlap, ada satu scene yang mengejutkan aku. tapi mungkin taklah begitu rare. scene ayah jahat tu, yang pemandu teksi tu, beronani waktu tengok gambar anak dia dalam. tak silap aku la.

tapi yang rare, memang banyak yang berbaur seks, sebab sebelum ni semua tu taboo.

jap ada satu lagi. filem Horey2. part heroin dia dapat bau yang bestfriend lelaki dia yang lembut tu meminati hero filem tu. Mamat lembut tu bau baju hero tu, then aksi nya ditangkap oleh heroin filem tu..dan heroin tu kata.." aku faham, tapi kau tetap kawan aku". Aku rasa itu antara first time aku tengok scene macam tu kat msia.

PerangFilem said...

Dark Angel, scene ayah/pemandu teksi beronani tu kan dah ada kat Part 1.

Scene cium baju Akim ya... ermm rasanya kurang rare kot. Tq anyway. Rasanya ada lagi, cuma kena korek betul2. Skrg mmg bnyk adegan seks. Kalaulah perlaksanaan penerbit sendiri yang tapis filem mereka diluluskan, taktaulah, lagi teruk agaknya. Skrg, bende tu masih lagi tergantung.

kugigran said...

filem bukak api?spinning gasing?

PerangFilem said...

Noted. tq Farid.

Anonymous said...

mana nak cari spining gasing dan bukak api eh? lame cari.

KiTA said...

Dua2 filem tu ada kat youtube rasanya.. sebab aku ada tgk beberape bulan lepas. Kena berusaha mencari lagi la ye.. hehe