10 May 2013

Bola Kampung & The Best Exotic Marigold Hotel




Genre : Animasi
Arahan : Wong Kuan Loong
Peminjam Suara : Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Noh (Hujan), Douglas Lim, Deanna Yusoff,     

Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn, Afdlin Shauki.
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5

Siri drama yang ingin dibawa ke layar lebar seharusnya lari dari tema yang di kaca televisyen. Begitu juga dengan Bola Kampung. Naskhah ini seboleh-bolehnya cuba memberi kelainan tanpa meninggalkan identiti premis itu sendiri, dimana pada PF ia berjaya. Ada juga sikit-sikit menonton sirinya di youtube, tapi jarang menonton sampai habis sebab faktor usia mungkin, tapi dapatlah sedikit idea apa itu Bola Kampung. Pertama, kualiti animasi dipertingkatkan kepada 3D tetapi tidak dapat lari dari sedikit kecacatan dimana kekakuan pada sesetengah babak. Watak-watak dicipta dengan baik. Robot-robot pun nampak kemas dan cantik buatannya. Cuma wajah watak perempuan (bukan Amanda) tu nampak kurang perempuannya. Tidak dapat lari dengan meneka suara siapa yang meminjam watak-watak (tidak mencari info pelakon sblm menonton), semua berjaya cuma dah sedikit bosan dengan suara Dato' Aznil kita. Asal watak jahat gila-gila je suara dia dengan karekter yang tak banyak lari. Contoh lain Professor Klon (CicakMan 1 & 2), watak ketua orang jahat dalam teater Secret Life of Nora dan yang terbaru Bola Kampung.

Pada keseluruhannya, Bola Kampung The Movie adalah kartun 'serius' mengangkat tema yang baik lawan yang jahat. Ia bukan kartun lucu-lucu begitu. Tidak salah, tetapi pada pandangan peribadi PF, lebih suka jika sebut filem animasi, lebih menggemari kartun yang membuat kita ketawa kerana sudah banyak menonton filem drama serius kot, walaupun animasi ini taklah 'serius' mana dan tahap pemikiran budak-budak sahaja. Dalam pemerhatian PF, Bola Kampung The Movie kurang menjadi fenomena dan menambat hati kanak-kanak Malaysia. Kalau Ben10 tu, budak-budak nangis kalau mak bapak tak belikan jam tangan Ben10 misalnya. Begitu juga Upin dan Ipin. Mengikut Finas, kutipan filem Bola Kampung di pawagam hanya RM600k sahaja. Bola Kampung boleh dibanggakan dan tak keterlaluan dikatakan lebih baik dari Upin Ipin The Movie secara keseluruhan (termasuk jalan cerita) huhu... Adakah Boboi Boi pun nak buat The Movie jugak?




Genre : Drama (UK)
Arahan : John Madden
Pelakon : Judi Dench, Tom Wilkonson, Maggie Smith, Bill Nighy, Celia Imrie, Dev Patel, Penelope Wilton, Ronald Pickup

Tahun : 2012
Rating : 4/5

Mengisahkan sekumpulan warga tua lebih tepat lagi 7 orang pesara ingin pergi jauh dari kehidupan biasa dan cuba reconcile kehidupan mereka di luar UK iaitu India. Ideanya itu. Kemudian dikembangkan dengan konflik setiap yang mereka miliki. Sekali lagi formula sekumpulan pelakon atau ensemble cast ini tidak mengecewakan setelah The Help, CINTA, Bunohan sekadar menyebut beberapa judul. 

The Exotic Marigold Hotel : For Elderly & Beautiful nama hotel di Jaipur India dimana mereka secara kebetulan ingin bercuti di sini di mana hotel ini tidak seperti yang digambarkan. Suatu kebetulan di mana petanda mereka duduk dilapangan terbang di sebaris kerusi yang sama.

Satu kelebihan filem seperti ini adalah posibility kebosanan adalah kurang kerana konflik-konflik yang mereka hidapi sentiasa menarik penonton untuk rasai sejauh mana mereka bole handle dan relate kepada kehidupan masing-masing. Ya, walaupun mereka warga emas, misalnya Douglas & Jean. Perhubungan yang menemui kehambaran kemudian Douglas jatuh hati pula pada Evelyn yang kematian suami. Graham seorang gay yang datang semula ke India untuk mencari pasangannya seorang India yang telah berkahwin. Muriel yang sakit berkerusi roda, Madge pula ibu tunggal dan Norman bujang terlajak. Akan tetapi dirasakan, konflik Madge dan Norman tidak terlalu berat dan hanya untuk cukupkan korum saja. Namun begitu, kekosongan itu ditampal dengan permasalahan pemilik muda hotel iaitu Sonny (Dev Patel) yang sedaya upaya menguruskan hotel ke tahap yang diinginkan selain menghadapi konflik cliche pilihan hati yang ditentang oleh ibunya. Banyak isu cuba diketengah misalnya, manusia yang bercakap dengan 'robot' ditelefon, isu rumahtangga, LGBT, mencari bakal suami kaya dan perhubungan suami-isteri yang sepatutnya tiada rahsia. Hubungan watak dengan latarbelakang India juga dianggap diolah dengan baik; contact dengan pemilik hotel, pasangan Graham seorang warga India dan bermain kriket dengan kanak-kanak, Muriel cuba berbaik dengan pekerja hotel wanita dan sebagainya.

Mendapat 2 pencalonan di Golden Globe 2013, calon FilemTerbaik (Musical or Comedy) dan Pelakon Wanita Terbaik (Judi Dench), tetapi gagal membawa balik sebarang anugerah. Penamat yang agak baik di antara mereka dan ada yang boleh diduga.

No comments: