5 May 2013

Kontradiksi - Kecil tetapi Kecil



Genre : Drama 
Arahan : Aloy Paradoks & Nazri M. Annuar
Pelakon : Fazleena Hishammuddin, Fynn Jamal, Amar Amir, Aman Nassim.
Tahun : 2012
Rating : 3/5


Filem ini sudah lama keluar dvdnya iaitu September 2012 lalu. Mengikut bacaan PF, kosnya hanya RM2500 saja. Dan disedari juga, ianya digerakkan oleh penggiat-penggiat teater. Hasil karya pertama Aloy Paradoks dan Nazri M.Anuar ini mengisahkan dua wanita dengan cerita berbeza iaitu Mira dan Fynn Jamal. Kisah mereka dibahagi kepada 2 bahagian. Kisah pertama (Mira) berwarna dan bahagian kedua (Fynn Jamal) hitam-putih, tapi kadang-kadang berwarna. Adalah tidak pasti dengan durasi 1 jam 5 minit adakah filem ini boleh dikategorikan sebagai filem pendek dan bukan feature filem? PF kurang arif di sini. Kedua-duanya banyak berlatarbelakang gerai burger Aloy, pengarah filem ini sendiri.

Kisah pertama lebih kepada perhubungan dan kesetiaan. Mira yang tidak pasti apa latarbelakang/pekerjaannya dikecewakan oleh teman lelakinya Aman yang curang dengan Linda yang tunang kepada Brother Talib (taiko dadah). Terdapat plot pembunuhan dimana penonton dibawa untuk berteka-teki siapa pembunuhnya dan dibiar lompong sehingga akhir. Adakah Mira yang memegang pisau itu dengan melihat baju yang dipakainya? Agak melucukan sedikit hal-hal dadah, di mana soal-menyoal dan brother Talib itu sendiri separuh masak dibuatnya. Memang pengedar dadah tu, tak kenal rupa bentuk fizikal tapi kurang meyakinkan yang dipamerkan oleh watak Brother Talib. Satu hal lagi mengapa Linda buka pintu sedangkan bf Mira ada di dalam rumah? Saja cari nahas dan dikira kerja mudah  untuk klimaks yang awal. Ya lah, filem berdurasi sejam saja dan ada 2 bahagian pula kan. Bahagian kedua lebih kepada cita-cita manusia kecil iaitu Fynn Jamal seorang busker dalam merealisasikan impiannya belajar muzik (kot) di New York dan juga permulaan semula kepada cinta oleh Aman. 

Lain-lain hanyalah sekadar order-mengorder burger saja yang agaknya itu sajalah modal di gerai burger ye dak? Jika tiada babak order burger maka lebih pendeklah filem ni. Babak pertengkaran Mira-Aman di depan rumah Mira adalah kegemaran dan puisi-puisi yang menghiasi filem ini kira penghias seadanya, selain kerja kamera yang goyang-goyang itu telah difaham akan maksudnya selain fungsi warna yang berbeza-beza sudah pernah dilihat sebelum ini. 

No comments: