10 Oct 2013

Budak-budak Lelaki Dalam Dunia Sinema

Selepas menontos filem KES (1969) baru-baru ini, PF sedar banyak filem yang melibatkan pelakon kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan yang telah ditonton. Dari situ, PF tergerak untuk menilai sejauh mana kanak-kanak khususnya lelaki dijadikan bahan penting sebagai cermin generasi penyambung ini. Dan bagaimana kanak-kanak dari seluruh dunia digambarkan dalam dunia sinema yang kebanyakannya mengalami isu kekeluargaan. Bahagiakah mereka?

Dengan hanya mengira :

1. hanya watak pelakon utama atau pembantu saja dan kemunculannya dari awal sehingga habis filem.

2. watak pelakon kanak-kanak tidak membesar sebagai remaja atau dewasa di dalam filem - untuk melihat perspektif kanak-kanak saja.

3. kurang mengambilkira dari Hollywood/Disney yang lebih komersil.

4. hanya filem yang ditonton sejak berblogging (kecuali Mukhsin).

Mari kita semak watak kanak-kanak lelaki terbaik dan unik dan boleh diberi kritikan sosial atau perdebatan dan sebagainya. Maksud unik di sini adalah watak yang jarang dilihat dan kita tidak terfikir sebegitu perjalanan wataknya. Disusun mengikut yang terbaik :

12. Walkabout (Australia/U.K) - pelakon pembantu (unik)


Nama watak : Lucien John
KisahDi SINI
Sebab unik : kanak-kanak di padang pasir untuk meneruskan kehidupan.
Berkenaan watak : sebab diletakkan di akhir carta kerana walaupun 'segar' tapi tidak banyak halangan yang extreme sepanjang perjalanan di padang pasir namun masih kuat bagi kanak-kanak seusianya.


11. In A Better world (Denmark) - pelakon pembantu 


Nama watak : Elias & Christian
Kisah :  DI SINI
Berkenaan watak : Christian yang memberontak atas sebab kehilangan ibu, berperilaku diluar batasan. Elias pula mangsa buli di sekolah. Kedua-dua menjadi kawan rapat. Menggambarkan kehidupan kanak-kanak dalam keluarga yang berpecah-belah. Lakonan bagus tetapi tema yang biasa kedengaran.

10. Riding Alone In A Thousand Miles (China) - pelakon pembantu*

Nama watak : Yang Yang
Kisah :  DI SINI
Berkenaan watak : anak luar nikah kepada seorang banduan yang dijaga bergilir-gilir oleh orang kampung di satu tempat pedalaman di Yunan, China. Tiba masanya berpeluang untuk berjumpa ayahnya di penjara tetapi, bukan semudah itu untuknya berjumpa ayahnya. Walaupun naif dengan kehidupan, bukan begitu senang untuknya memaafkan ayahnya. Lebih kurang macam tu la. Walau bagaimanapun, watak ini hanya mula muncul di pertengahan filem.


10. Life Is beautiful (Itali) - pelakon pembantu (unik)*


Nama watak : Joshua
Kisah :  DI SINI
Sebab unik : watak seorang anak kepada Guido, mereka di penjara oleh tentera Nazi. Ayahnya terpaksa menipu bahawa mereka berada di suatu tempat untuk satu 'permainan' dan hadiahnya adalah sebuah kereta kebal yang sebenar. 
Berkenaan watak : watak anak yang masih kecil dan belum tahu apa-apa tapi keletahnya membuatkan penonton rasa kasihan. Joshua juga mula muncul di pertengahan cerita. Filem memenangi Oscar, Best Foreign Film yang ke 71.

9. Where's The Friend's Home (Iran) - pelakon utama (unik)


Nama watak : Ahmed
Kisah :  Ahmed hendak memulangkan buku kawan yang dipinjam. Kawannya tinggal di kawasan pedalaman.
Sebab unik : watak kanak-kanak yang pelik hanya kerana hendak memulangkan buku kawan yang dipinjam tetapi punya payah untuk mencari rumah kawannya.
Berkenaan watak : watak kanak-kanak yang naif tetapi tahu apa erti kesetiaan, kejujuran dan hak.

8. Mukhsin (Malaysia) - pelakon utama 


Nama watak : Mukhsin
Kisah :  Mukhsin yang jatuh cinta kepada seorang anak gadis kampung.
Berkenaan watak : erti cinta pertama bagi seorang kanak-kanak lelaki.

7. Passing Fancy (Jepun) - pelakon pembantu


Nama watak : Tomio
Kisah :  DI SINI
Berkenaan watak 
: Filem bisu Ysujiro Ozu berkisar tentang anak yang nakal terhadap bapanya seorang pekerja kilang arak. Digambarkan seorang yang pandai dari bapanya.

6. Captain Abu Raed (Jordan) - pelakon pembantu 


Nama watak : Murad
Kisah :  DI SINI
Berkenaan watak : anak kepada kurang bernasib baik dan juga berkawan dengan warga tua yang bekerja sebagai janitor di lapangan terbang. Juga punya sifat degil. PF sudah lupa dengan jelas jalan ceritanya tetapi watak boleh kata berat. Pastinya point yang jelas jika dibandingkan dengan Christian dari filem atas tadi.

< < TOP 5 > >

5. KES (U.K) - pelakon utama (unik)


Nama watak : Billy Casper
Sebab unik : obses terhadap burung helang yang diberi nama KES.
Berkenaan watak
 : diabaikan oleh keluarga yang hanya diwakili oleh ibu dan abangnya, manakala di sekolah, dia dibuli oleh rakan-rakannya. Seakan tiada arah tuju dalam hidup.

4. The Kid With A Bike (Belgium/Perancis/Itali) - pelakon utama


Nama watak : Cyril Catoul
Kisah :  DI SINI
Berkenaan watak : kalau ikutkan, karekter sama seperti Billy Casper. Kedua-duanya dengan muka 'bersahaja' atau selamba dalam menangangi masalah (kalau tonton baru faham), atau mungkin mereka berdua dari benua Eropah? Kalau khalayak kita, memang akan terasa pelik dengan watak sebegini. Juga diabaikan oleh bapanya lantas terlibat dalam masalah sosial, tetapi terdapat beberapa adegan yang mencengkam yang membuatkan dia di sini (no. 4).


3. After This Our Exhile (Hong Kong) - pelakon pembantu 


Nama watak : Boy
Kisah DI SINI
Berkenaan watak : dari mula hingga akhir filem dia sudah mengalami tekanan iaitu masalah kedua ibu-bapanya., tapi dia mampu buat kita terkesima. Satu lagi isu kanak-kanak dari masalah keluarga tetapi wataknya lebih kehadapan berbanding yang lain di atas.

2. The Father (Iran) - pelakon utama


Nama watak : Mehrollah
Kisah DI SINI
Berkenaan watak : tidak menerima ayah tirinya. Ibunya berkahwin baru untuk meneruskan kehidupan. Dia membenci ibunya. Di bahagian 3/4 filem, anda akan menemui filem ini seperti Walkabout di atas. Dia tahu penyesalan apa yang telah dilakukan.

1. Two Legged Horse (Iran) - pelakon utama dan pembantu (unik)

Nama watak : Master dan Horse
Kisah DI SINI
Sebab unik : kanak-kanak yang cacat anak seorang kaya yang menakluki seorang kanak-kanak yang kurang upaya. 
Berkenaan watak : 'Horse' (kiri gambar) cuba meneruskan kehidupan dengan kedaifan dan kekurangan diri. 'Master' (kiri gambar) merasakan kesenangan boleh menindas orang lain. Baca ulasan filem ini terus membuatkan ianya filem kanak-kanak yang banyak erti tersurat selain unik dari segala hal membuatkan ianya jatuh di nombor 1.

**Jangan ditanya mana filem Children of Heaven kerana itu sudah berada dalam liganya sendiri. Jadi, begitulah, kanak-kanak dipaparkan dalam filem kebanyakannya berantakan dalam keluarga tidak pun cara mereka menghadapi kehidupan dan menangangi masalah sosial di tempat mereka.

Lain-lain filem yang melibatkan kanak-kanak lelaki sbg pelakon utama/pembantu:
Super 8
Real Steel
If I Want To Whistle, I Whistle
HUGO
Chow Kit
Moonrise Kingdom
After Earth
The Odd Life of Timothy Green
Son of Babylon
A Song of Sparrow

3 comments:

Anonymous said...

kaki bakar (1995)

kekasih awal dan akhir (1993)

Leon the professional

To kill a mockingbird

Anonymous said...

kaki bakar

kekasih awal dan akhir

leon the professional

to kill a mockingbird

PerangFilem said...

memang banyak. PF nak tgk pun tak larat. Latest yg ditonton adalah Selfish Giant (UK)