21 Jan 2014

Filem-Filem 2014 Part I (JAN - JUN)



Daftar tontonan Jan - Jun 2014:

JANUARI
-------------
RECTOVERSO (DRAMA-INDONESIA) --- 2.5/5
ILO-ILO (DRAMA-S'PURA) --- 3.5
I DON'T WANT TO SLEEP ALONE (DRAMA-TAIWAN) --- 3.5
OFFSIDE (DRAMA-IRAN) --- 3
SPIRITED AWAY (ANIMASI-JEPUN) --- 3.5
PA : THE MARKED ONES (SERAM) --- 2
DEVIL'S DUE (SERAM) --- 2
BALISTIK (AKSI 1) --- 2
THE LEGEND OF HERCULES (2014) (AKSI 2) --- 2.5
HER (DRAMA) --- 3.5
BLUE JASMINE (DRAMA) --- 3.5
DALLAS BUYERS CLUB (DRAMA) --- 3
THE BUTLER (DRAMA) --- 2.5
LAGA (DRAMA) --- 2.5
BATAS (DRAMA-INONESIA) --- 2.5
LOVELY MAN (DRAMA-INDONESIA) --- 3.5

FEBRUARI
---------------
WOLF OF THE WALL STREET (DRAMA) --- 3
BICYCLE THIEVES (DRAMA-ITALI) --- 4
THE JOURNEY (DRAMA) --- 3.5
KAMI HISTERIA (KOMEDI) --- 3
LEGO THE MOVIE (ANIMASI) --- 3
AUGUST : OSAGE COUNTY (DRAMA) --- 2.5
LONE SURVIVOR (AKSI1) --- 3
CUAK (DRAMA) --- 3.5
POMPEII (AKSI2) --- 3
SEJOLI (DRAMA) ---2
THE PIANO TEACHER (AUSTRIA) --- 3.5
YI YI (DRAMA-TAIWAN) --- 3
NON STOP (AKSI1) --- 3
THE TIN DRUM (DRAMA) --- 3
BUDDHA COLLAPSE OUT OF SHAME (DRAMA-IRAN) --- 4

MAC
--------
THE PRECIOUS (DRAMA) --- 3
EMPIRE OF PASSION (DRAMA-JEPUN) --- 4
NAKED CHILDHOOD (DRAMA) --- 2.5
300 (2014) --- 2.5
ZOMBI KILANG BISKUT (KOMEDI) --- 2
CAPTAIN AMERICA (2014) --- 3

APRIL
---------
APOKALIPS X --- 2.5
BLUE IS THE WARMEST COLOR (DRAMA-PERANCIS) --- 3
VERTICAL RAY OF THE SUN (DRAMA-VIETNAM) --- 2
SNOWPIERCER (AKSI) --- 2
OCULUS (SERAM) --- 3.5
WIND RISES (JEPUN-ANIMASI) --- 3
TOKYO STORY (JEPUN-DRAMA) --- 4.5
SYAITAN (DRAMA) --- 2

MEI
-------
RIO 2 (ANIMASI) --- 3.5
MIDNIGHT AFTER (DRAMA-HK) --- 3
IA WUJUD (SERAM) --- 2.5
GODZILLA (AKSI2) --- 4
NYMPHOMANIAC (DRAMA) --- 3.5
MILK OF SORROW (DRAMA) --- 2.5
SHAME (DRAMA) --- 3
MALEFICENT (AKSI2) --- 3
ABANG LONG FADIL (AKSI1) --- 2.5
EDGE OF TOMORROW (AKSI2) --- 3.5
THE PAST (DRAMA-PERANCIS) --- 3.5

JUN (Terpadam senarai filem yang ditonton, ini saja yang dapat dikesan/ingat)
-------
THE SACRAMENT --- 3.5
CEO --- 2.5
DIVING BELL & THE BUTTERFLY --- 3.5
BEYOND THE HILLS --- 4


Cont. PART II

17 Jan 2014

FPF13 : TOP10 Keseluruhan


Sebenarnya tak pasti sama ada ingin memasukkan hanya filem semasa atau campur aduk dengan filem-filem lama sepanjang tontonan 2013. Selepas dikira tradisi FPF, maka dicampurkan semua filem supaya tidak terlupa bahawa 2013 menjadi rekod filem hebat dan terbaik di kaca mata PF. Terbaik di sini bermaksud PF sangat menikmati sesebuah karya itu. Walau pun sebenarnya susah nak pilih 10 dari lebih kurang 140 filem bagi mewakili diri PF, rasanya ini yang terbaik selain mengandungi genre yang pelbagai. Tak dinafikan filem-filem yang kita tonton adalah gambaran sejauh mana tahap kita berfikir DAN citarasa kita terhadap sesuatu yang kita sayangi iaitu wayang gambar. Terdapat satu filem Malaysia dalam carta, bukan bererti wajib meletakkan satu filem Malaysia dalam senarai. Ianya memang benar-benar menepati citarasa. Dan tidak semestinya juara bagi filem tempatan akan masuk carta. Walaupun begitu, setelah ditimbangtara PF tidak memasukkan 2 kategori filem ini ke dalam TOP10 iaitu :

i)  filem hebat sepanjang zaman iaitu seperti Rosemary's Baby & The Shining.
ii) filem yang diiktiraf terbaik di festival tapi PF 'tidak dapat mengenali' filem itu seperti Amour, 12 Years A Slave & 4 Months, 3 Weeks & 2 Days.

*Pautan untuk ulasan

10. PSIKO PENCURI HATI (2013) - NAMRON
(Drama - Psiko)


9. FUNNY GAMES (US - 2007) - MICHAEL HANEKE
(Drama - Psiko)


(Drama)


(Aksi 2)


(Drama)


(Seram)


(Drama - Fantasi)


(Drama)


2. CAPTAIN PHILLIPS (2013) - PAUL GREENGRASS
(Aksi 1)


(Drama - Muzikal)


SEBELUMNYA

FILEM BERPERANG :
PART 1
PART 2


13 Jan 2014

Ilo-Ilo, I Dont Want To Sleep Alone, PA : The Marked Ones, Devil's Due, Balistik


Arahan : Anthony Chen
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5

Tiada banyak rungutan ketika menonton filem ini. Maknanya, sebuah filem drama dari seberang tambak yang pertama kali boleh ditonton dengan nyaman dan selesa. Kebanyakan pelakon memberi persembahan natural terutama ibu Jialer iaitu pelakon Malaysia, Yeo Yann Yann, Jialer sendiri dan pembantu rumah. Berlatarbelakangkan semasa ekonomi merudum tahun 1997, Ilo-ilo seperti kebanyakan drama isu pembantu rumah dan majikan tetapi apa yang menyebabkan iainya Cannes Camera d'Or  2013 agak kurang pasti sebab tak cukup ilmu tetapi naratif yang kemas membuatkan ianya "dimakan, menelan dan mendongak kepala sambil menutup mata"



Arahan : Tsai Ming Liang
Genre : Drama
Tahun : 2006
Rating : 3.5/5

Filem kedua Ming Liang yang ditonton selepas The Hole (1998). Pengarah kelahiran Malaysia telah lama didengar tapi baru kali ini menyelongkar karya beliau setelah menang sesuatu dengan Strays Dog (2013). Apa yang boleh dikatakan, filem beliau banyak bermain dengan gambar dengan minimal dialog serta metafora dan imaginasi yang membuak-buak terutama dalam The Hole. Boleh dikatakan juga style Yuhang, Liew Seng Tat dan beberapa pengarah Indie Cina Malaysia yang lain, tetapi Tsai Ming Liang lebih mendalam sentuhan 'art'nya. Muzikal yang kadang-kadang nampak murah terutama jika menonton trailer The Wayward Cloud (2005) dan imaginasi muzikal The Hole. I Dont Want To Sleep Alone yang berlokasi di KL sangat simbolik kadang-kadang tak terfikir dek kelakuan warga Bangladesh itu adakah sejenis LGBT atau apa? Tentu bertuah pelakon tempatan seperti Pearly Chua (Claypot Curry Killers - 2013) dan Norman Bin Atun yang berlakon bawah arahan Ming Liang satu nama besar di Taiwan (hah tau PF lambat!). Kesimpulannya, se'art-art' filem Tsai Ming Liang, PF boleh layan lagi setakat ini.


**

PA : The Marked Ones, Arahan : Christopher Landon
Devil's Due, Arahan : Tyler Gillette, Matt Bettinelli-Olpin
Genre : Seram
Tahun : 2013
Rating : 2/5

Dalam pada kurang gemar filem berkonsep found-footage, PA : The Marked Ones dan Devil's Due, tak tahu mengapa PF boleh meladeni dua filem ini. Kedua-dua filem ini tiada keistimewaan langsung. Eh, Seru lagi best ler. Devil's Due, ya tuhan, bosan gila. Kalau hujung-hujung je kau nak pukul habis, baik buat filem omnibus je. The Marked Ones, mendatar. Ah malas nak tulis. Saja nak bagitau dah tengok 2 movie ni. LOL. Zaman sekarang tak boleh ke buat filem found footage yang memang betul-betul seram?


Arahan : Silver
Genre : Aksi 1
Tahun : 2013
Rating : 2/5


Nak pujian atau plastik? Tengok rating pun dah tahukan. Permulaan yang suram bagi 2014 bagi filem Malaysia ditambah bersaing dengan Rumah Sewa RM50. Skrip enam tahun disimpan, kos RM2.5juta, seribu peluru yang digunakan, pelakon Cina nombor satu di Malaysia, judul class, Rita Rudaini yang lama tak keluar wayang, promosi sana-sini dalam program TV, bekas hero malaya err boleh ke gitu.. apa lagi mau? Malangnya. Aduhai. Nak PF upload tiket wayang ke? 'Dengki khianat' kau PF! Caaaaabut!


Pentingnya Penataan Seni

FILEM Hugo merupakan sebuah filem yang cukup teliti dalam penghasilan penataan seni yang berlatar belakangkan era Perang Dunia Pertama.
DALAM proses penghasilan sesebuah filem, semua unit serta bahagian dalam pasca penerbitan perlu memainkan peranan untuk memastikan hasil filem tersebut memuaskan. Penataan seni antara bahagian yang mempunyai tugas yang sukar dalam menyediakan props (barang-barang) yang diingini oleh pengarah pada setiap babak dalam filem.

Setiap inci serta barang-barang yang disediakan perlu bersesuaian dengan filem yang dihasilkan terutama yang menggunakan latar masa lampau.Setiap barang termasuk kenderaan dan pakaian perlulah bersesuaian dengan kehendak skrip dan filem itu sendiri agar produk yang dihasilkan tidak nampak kecatatannya.

Banyak filem Melayu yang dihasilkan terutama berunsur kenegaraan atau lebih tepat lagi filem sejarah selalunya terdapat beberapa kebocoran.

Ada sebuah filem sejarah Melayu yang pernah ditayangkan tahun lalu misalnya secara tidak sengaja telah memaparkan sebuah kereta Proton Iswara walaupun latar masanya adalah pada tahun 1950-an.

Sebelum ini ada juga filem-filem Melayu yang menggunakan latar masa 1980-an beberapa buah motosikal yang dihasilkan pada tahun 2000 dengan ‘selambanya’ digunakan dalam filem tersebut.

Kecacatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana akan memalukan industri filem tempatan. Hal ini berlaku akibat daripada bahagian penataan seni sambil lewa.

Industri filem antarabangsa misalnya di Hollywood cukup teliti aspek penataan seni.

Filem Saving Private Ryan yang dihasilkan pada tahun 1998 misalnya juga teliti dalam penghasilannya. Bahagian penataan seni filem ini melakukan kajian serta menyediakan barang-barang yang dikehendaki dan menepati latar masa yang ditetapkan.

Bukan sahaja kenderaan serta pakaian yang digunakan menepati era Perang Dunia ke-2 bahkan barang-barang kecil seperti rokok, pisau dan barang lain juga digunakan mengikut era tersebut.

Paling ketara adalah mengenai filem sekual Back To The Future (1985) arahan Robert Zemeckis antara sebuah filem yang hebat dalam penyediaan barang-barangnya kerana filem ini merupakan antara filem yang bermain dengan latar masa yang berbeza.

Walaupun hanya menggunakan satu latar tempat iaitu di Hill Valley, California, Amerika Syarikat (AS) namun perubahan latar masa yang ketara antara tahun 1800-an dan 1950-an berjaya direalisasikan dengan baik oleh tenaga produksinya.

Filem Hugo (2011) hebat dalam penataan seninya sehingga diangkat memenangi Penataan Seni Terbaik pada Anugerah Academy ke-84.

Sepatutnya filem-filem hebat seperti ini dijadikan rujukan pengarah seni tempatan dalam menghasilkan penataan seni.


Sumber : Utusan