28 May 2014

Impak Cannes 2014



Setelah menonton beberapa trailer filem-filem yang bertanding dan ditayangkan  di Festival Filem Cannes 2014 (kadang-kadang tanpa rujuk sinopsis), 3 filem berikut menarik perhatian PF untuk cari dan tonton:

Keputusan Rasmi <


1. COMING HOME arahan Zhang Yi Mou tetapi di bawah kategori Out Of Competition.
Nota : Tarikan Zhang Yimou dan Gong Li seperti biasa bakal memikat pancaindera.


2. WINTER SLEEP arahan Nuri Bilge Ceylan untuk Palme d'Or 20114.
Nota : agak skeptikal dengan Nuri tapi biasanya PF akan cuba menonton pemenang utama festival ini.



3. MAPS TO THE STARS arahan David Cronenberg.
Nota : Julianne More membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, selain jalan cerita yang agak menarik.



Pertimbangan lain:

MR. TUNER arahan Mike Leigh.
Nota : Timothy Spall yang menang Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem costume drama. 



GRACE OF MONACO arahan Olivier Dahan.
Nota : mengisahkan bekas bintang Hollywood yang mengalami krisis perkahwinan dan identiti lakonan Nicole Kidman.



25 May 2014

Cacamarba : Ia Wujud & Nymphomaniac - Dikemaskini


Arahan : Dharma Aizat
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5



Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem ini hampir tenggelam dengan kehadiran filem Godzilla yang ditunggu ramai. Sesungguhnya, kalau dapat tarikh serentak dengan filem blokbuster Hollywood memang bernasib malanglahkan. Berbalik kepada Ia Wujud, siapa Dharma Aizat? Pertama kali mendengarnya. Filem terbitan Mangkin Prestij dan diedar oleh MIG ini mungkin cuba mengulang kejayaan kutipan Filem Highland Tower dulu. Filem dengan pelakon yang menggunakan nama sendiri, Arif Adam, Annam, Tommy, Your(?) dan Amad. Ia Wujud merupakan filem found footage sekumpulan remaja yang merakam detik-detik di Taman Tema Mimaland yang terkenal suatu ketika dulu. Berbeza dengan Highland Tower, filem ini melibatkan sekumpulan 5 remaja lelaki yang gatal-gatal nak cari hantu di kawasan terbiar tu. Okay, oleh sebab tiada watak perempuan, maka diletaklah seorang lelaki lembut bagi melegakan keadaan. 

Walaupun dihalang oleh seorang penjaga disitu mereka berjaya masuk pada sebelah petang dan mula bermain dengan beberapa aturcara ritual di beberapa tempat disitu. Antaranya, pemujaan pontianak, pemujaan pocong dan coin spirit. Ia Wujud mempamerkan watak-watak orang-orang biasa bermaksud bukan seorang yang benar-benar pakar dalam aktiviti paranormal dengan segala kecanggihan peralatan kamera seperti dalam Grave Encounters dan sebagainya. Malah, aktiviti-aktiviti pemujaan diketuai oleh watak pelakon botak itu (lupa nama) seakan tidak dirancang atau di brief sebelum mereka datang ke tempat itu sejak dari awal lagi. Rujukan hanya dari youtube seperti mantera-mantera dan bagaimana pemujaan itu dibuat. Sebenarnya bagi PF, keseraman lebih terasa bila mereka di luar bangunan. Efek bunyi di akhir-akhir agak dibuat-buat atau mungkin sedikit berlebihan. Ingatkah anda segmen Indonesia dalam VHS 2 arahan Gareth Evans dimana kalau seingat PF bunyi sebegitu kedengaran dan klimaksnya nampak kepala setan berkepala kambing muncul, tetapi tidak bagi Ia Wujud yang tiba-tiba habis dengan penjaga tadi muncul dengan tak semena-mena. Selainnya, tiada yang baru dalam Ia Wujud.



Arahan : Lars Von Trier (Denmark, UK)
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5

Lars kembali lagi dengan Nymphomaniac. Filem ini terbahagi kepada 2 volume bermaksud ada 2 filem yang berdurasi 2 jam setiap 1 volume. Pada satu malam, Seligman seorang bujang terlajak menemui Joe (Charlotte) di satu lorong berhampiran rumahnya dalam keadaan lemah setelah dipukul oleh seorang lelaki. Seligman membawa Joe pulang ke rumahnya dan Joe menceritakan kisahnya yang gila seks atau istilah lainnya nymphomaniac kepada Seligman sehingga matahari menyinsing ke waktu pagi (selama 4 jam durasi filem ini). Volume pertama adalah flashback diwaktu Joe remaja yang dilakonkan oleh Stacy Martin. Stacy menerangkan maksud nymphomanic bagi dirinya :

'Nymphomaniac' stands for and celebrates female desire, and not being ashamed of it. Joe might be addicted and it might not be healthy, but at the same time she is a woman, Women before couldn't show that. But she stands up for herself and her sexuality, which is empowering. I didn't particularly relate to her, though I admire her determination. SUMBER

Volume kedua adalah ketika Joe dewasa dimana dia sendiri yang berada di dalam frame filem ini. Setelah 2 filem Lars yang PF tonton, Lars masih mengekalkan trademark beliau iaitu membahagi cerita kepada bahagian-bahagian pendek dan 'tidak bahagia' walau bagaimanapun filem ini 'kurang murung' dari Antichrist dan Melancholia. Filem ini dimulakan dengan skrin gelap yang sedikit lama dan begitu juga penghujungnya. Joe semasa remaja begitu ingin meneroka seks dengan sesiapa saja yang dia jumpa, kawan baik, penumpang-penumpang keretapi, pekerja hospital dan ramai lagi walaupun sampai ketika sudah berkahwin dengan Jerome (Shia Lebouf). Sebelum berkahwin dengan Jerome, Joe menakluki ramai lelaki termasuk suami orang yang beranak 3 dek kerana kecantikannya. Jangan terkejut kerana filem ini memaparkan stil gambar kemaluan lelaki dan wanita apatah lagi adegan-adegan seks yang jelas bagi menyampaikan makna diri Joe sehingga ketika tak ubah seperti filem porn. Apa pun teknik yang digunakan semasa adegan seks atau kemaluan ditunjukkan orang tetap menganggap pelakon-pelakon itu sendiri yang melakonkannya.

Stacy Martin (kanan) pendatang baru 
memegang watak Joe ketika remaja
Pada PF, Lars mengambil kesempatan terhadap Charlotte Gainsbourg yang ikut saja kehendak karya seninya sehingga PF mempunyai pandangan buruk terhadap Charlotte sejak filem Antichrist. Memanglah pengarah lain pun ada yang membogelkan pelakon tetapi entah kenapa hubungan Lars-Charlotte ini suatu yang lain dari lain. Charlotte seumpama insan seni yang sanggup buat apa saja demi seni terutama yang melibatkan nude dan seks. Volume pertama Joe sangat liar dan volume ini lebih keras berbanding volume 2 dimana Joe lebih dewasa. Joe dewasa digambarkan begitu sakit mental dengan aktiviti kinky sehingga tiba masa Jerome ingin berpisah dan menjaga anaknya. Selain mengetengahkan falsafah tertentu, tidak dinafikan, Nymphomaniac mengetengahkan seni seks bagi wanita yang Nymphomaniac, tetapi apabila difikir-fikir semula tak hairan ia berlaku di masyarakat sekeliling kita tanpa disedari.

p/s : tahniah kepada pengarah Turki, Nuri Bilge Ceylan yang menang Palme d'Or 2014 menerusi filemnya Winter SleepBaru terbaca di wiki bahawa "Nymphomaniac is the third and final entry in von Trier's unofficially titled "Depression Trilogy", having been preceded by Antichrist and Melancholia.